Wednesday, 4 July 2012

When Timing Belts Breaks or Slips @ Kia Spectra





Salam Spectrans Dan Pengguna Spectran yg baru beli kereta.
Ini adalah hakikat nya jika tidak peka ttg penjagaan,masa untuk menukar Timing Belt Spectra ini.
Mmg banyak perbelanjaan jika keadaan internal engine kita terjadi seperti gambar tersebut diatas.

Gambar gambar ini saya dapat dari semua members spectran yg mengalami Timing Belt putus dan slip.
Punca berlaku nya insiden ini ada lah kebanyakkan ber mula dari

1. Tidak mengguna Parts yg Asli dan tulin.
2. Tidak mengikut atau  membuat maintenance service bila belt ini harus di tukar.
3. Ada workshop hanya menukar Tali Timing Belt sahaja tanpa menukar full kit nya seperti Ori Tensioner Bearing/ Idler pulley bearing/ oil seals / alternator dan air cond belt bahagian luaran nya.
4. Tidak menghiraukan keadaan timing belt tensioner bearing telah berbunyi ,bearing dah kasar chit..chit..chit dan rpm timing x sekata.

Seperti mana yang saya nyatakan ,gambar diatas menunujukkan sistem timing belt baru di pasang.
Jenama Ori Dayco Timing Belt Full kit. Ia datang dalam satu package :-
1. Ori High Temp Dayco Timing Belt - 1 pc
2. Heavy duty Tensioner Bearing - 1pc
3. Heavy duty Idler Pulley Bearing - 1pc
4. Engine Oil Seals - 3pcs
5. Ori Dayco Alternator Belt - 1pc
6. Ori Dayco Air Cond Belt - 1pc

Warranty setiap penukaran Belt tersebut ada lah 100k km. Ori kia hanya 60k km.

Ini adalah Cylinder Head Block, kebanyakkan spectran yg putus timing belt akan mengalami head crack atau ada yg pecah akibat pemanduan kereta dalam keadaan high speed.Impak nya cukup kuat....
Ini adalah parts yg paling bawah yg menjana piston kita turun naik iaitu CRANKSHAFT.
Dari Crankshaft - Connecting Rod - Piston adalah 3 serangkai.... Punca crankshaft kita bengkok atau lari dari balancer nya adalah di sebabkan high speed driving melebihi 140kmh. Ini ada lah salah seorang member spectran yg saya belikan akibat pemanduan @ 160kmh perbelanjaan cukup besar.....

Kepada sesiapa yg mengalami putus Timng Belt harap bersabar ,jgn tergopoh gapah untuk hantar pd workshop begitu sahaja. Apa yang saya selalu nasihat adalah kita mesti
1. Hantar pada workshop yg boleh dipercayai, tahu selok belok engine spectra.
2. Jangan lepas tangan 100% pd workshop, ikut apa sahaja yg di suruh
3. Pastikan setiap parts di ganti menggunakan parts yg ASLI ,bukan used parts atau parts murah.(Buatan Cina)

Ini tips yang anda patut buat:-
1. Hantar pd workshop yg bertauliah
2. Buat perjanjian apa apa parts yg rosak hendaklah di maklumkan dahulu.
3. Bila dah buka engine ambil gambar ,mana mana parts yg rosak teruk,seperti piston,head block dan sebagainya.
4. List down nama parts yang perlu di ganti atau tuikar.Pastikan kita dapat membelinya sendiri dari supplier yang tulen.

Dengan cara ini kita dapat menghindar unwanted HIDDEN CHARGES ( pd parts) yg akan di kenakan bayaran pd kita. As saya dapati dari pengalaman member yg telah hubungi saya contoh nya, Workshop A akan buat taksir dari 6K-7K  untuk baik pulih major overhaul, Workshop B akan taksir 4K-6K tidak pasti dan tertakluk pada tahap teruk nya engine kita yg rosak....Bila saya assists member dengan meminta senarai parts yg rosak , kita hanya belanja lebih kurang +-3,500-00 parts dan labour charged. Dengan cara ini kita dapat jimat 30-40% dari budget yg sepatutnya.

Jika member yg tinggal area KL/Selangor saya ada satu workshop yg mahir buat major overhauled dan setakat tahun ini 4 spectran telah selesai dan puas hati dengan workmanship nya. Akhir sekali yg buat full overhauled adalah Puan Azizah dari Sg Buloh. Insyaallah sampai sekarang Spectra beliau enugine mcm baru kerana beliau telah membuat full refurbished dengan new ori parts dari segi sensors,throttle body dan engine...Mmg padat dan power siap dengan 10.2mm silicone plug cable etc etc...
Sekiranya inginkan pandangan dan pendapat boleh lah hubungi saya @ 013-7849798 / 017-7200466 / 019-7833001 bila bila masa insyaallah.

No comments:

Post a Comment